Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Helikopter APMM Cari 2...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan sebuah helikopter untuk mengesan...

MIC Kaji Semula Perlembagaan...

SERDANG - MIC akan mengkaji semula perlembagaannya dalam usaha mentransformasikannya sebagai parti yang...

Queen Kecewa Trump Guna...

LONDON - Kumpulan Queen berasa kecewa susulan teguran agar calon Presiden Amerika Syarikat...

Tiga Cabang PKR Tangguh...

BUTTERWORTH Pemilihan PKR 2018 di tiga cabang di Kedah iaitu Sik, Sungai Petani...

Nenek Beralas Tikar Tunggu Berita Cucu

KUALA LUMPUR – Nenek dan ahli keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, di sini, tidur beralaskan tikar sejak semalam bagi mendapatkan perkembangan terkini kejadian itu.

Che Piah Bahari, 70, yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak akan berganjak dari perkarangan rumah kosong di kawasan kejadian itu selagi cucunya itu tidak ditemui.

“Saya tiba pukul 1 pagi semalam bersama lapan ahli keluarga selepas menerima panggilan anaknya (Che Rosmilawati Saidin) mengenai kejadian itu.

“Memang tidur tidak lena apabila kenang nasib cucu yang masih muda… saya orang tua memang saya faham kesedihan anak saya,” katanya yang turut membaca Surah Yasin bagi memohon agar Allah SWT permudahkan operasi pencarian.

Che Piah berkata apa yang menyedihkan lagi, enam anggota penyelamat turut terkorban ketika mencari cucunya dan mereka sekeluarga turut bersedih dengan tragedi berkenaan.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohammad Azzam Naim, 46, berkata keadaan arus deras di lombong itu menyukarkan operasi mencari anaknya.

“Harap semua pihak berdoa agar anak saya ditemui segera kerana keadaan cuaca sekarang tidak menentu, harap ia dipermudahkan.


Pihak keluarga saya turut berdukacita dengan insiden enam anggota bomba terkorban dan ini merupakan kemalangan yang tidak disangka,” katanya ketika menjawab dakwaan netizen di laman sosial yang mengatakan anaknya punca kematian pasukan penyelamat itu.

Tinjauan Bernama mendapati pelbagai pihak antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa.

Khemah turut dipasang kepada anggota keluarga yang berada di lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan terkini.

Cuaca setakat 3.40 petang ini cerah dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan kekuatan 150 anggota penyelamat dari pelbagai agensi seperti Bomba, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Semalam, operasi SAR Muhammad Ilham Fahmy Mohammad Azzam bertukar tragedi apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air ( PPDA) lemas ketika menjalankan SAR. – BERNAMA

Kategori