SENTAP… Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bidas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) akhirnya ‘memakan dirinya sendiri’.
Apa tidaknya, kicauan Ketua Angkatan Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu cuba alih isu gejala terkutuk berkenaan dengan kes rasuah kalangan tokoh UMNO pula ternyata dikritik ramai netizen tempatan.
Ada juga pengguna media sosial persoal kenapa Menteri Belia dan Sukan itu cepat ‘melatah’ dalam isu LGBT selepas terbongkar beliau pernah lantik aktivis gerakan songsang tersebut sebagai pegawai di kementeriannya sebelum ini.
Isu ‘panas’ itu bermula apabila Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang bangkit soal Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat hari ini mengenai pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) tentang LGBT.
Presiden UMNO itu turut tanya langkah PH tangani aktiviti tidak bermoral tersebut dengan merujuk gempa dan tsunami di Sulawesi, Indonesia bulan lalu merupakan hukuman Allah akibat aktiviti LGBT diamalkan penduduk.
Tersentak dengan persoalan cepumas oleh Ahmad Zahid itu, Syed Saddiq mengicau angkuh dalam akaun sosial Twitter miliknya apabila dakwa kononnya bukan sahaja kegiatan LGBT boleh mengundang kemurkaan Tuhan.
“Kalau makan rasuah bersekongkol dengan mereka yang curi duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak? Di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sudah 12 orang ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
“Dalam UMNO sahaja telah terlalu banyak sampai sudah hilang kiraan. Tidak pula saya dengar bala tuhan akan turun kerana ada pencuri,” kata Ahli Parlimen Muar itu penuh nada sombong menerusi laman Twitternya hari ini.
Tidak sampai beberapa minit kicauan tersebut dihantar, ramai netizen tempelak Syed Saddiq yang kutuk Ahmad Zahid, sekali gus tonjol PH tidak rai amalan kebebasan bersuara seperti sering dilaungkan mereka sebelum ini.
Baca: Bencana Palu Peringatan Allah Akibat Maksiat
Untuk rekod, tragedi bencana dahsyat di Kota Palu ekoran gempa 7.4 skala Richter pada 28 September lalu turut dapat liputan luas ramai tokoh agama di Indonesia sebagai balasan Allah SWT ekoran gejala maksiat bebas di sana.
Malahan, beberapa hari sebelum itu, Gunung Berapi Anak Krakatau dekat Jakarta meletus luar biasa ratusan kali sehari sehingga ramai netizen di negara itu menyifatkan ia peringatan Tuhan terhadap kemungkaran penduduk.
Ini kerana, ramai maklum masyarakat di wilayah Sulawesi Tengah sebelum itu dilapor biadab menganjurkan pesta pemujaan yang jelas syirik kepada keesaan Allah sejak beberapa tahun lalu waima sudah ditegur ulama tempatan.
Lebih teruk, penduduk terbabit kurang ajar bebas menganjurkan keramaian LGBT sambil kutuk para cendekiawan agama di wilayah itu konon cuba menakutkan mereka dengan amaran azab Tuhan pula. – Agensi/Mynewshub.TV