WASHINGTON – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley dilaporkan telah meletak jawatan, lapor media tempatan.
Menurut laman sesawang berita Axios, Presiden Donald Trump telah menerima peletakan jawatan wanita tersebut.
Haley yang sebelum ini ditanya tentang desas-desus itu semasa mengunjungi White House hari ini enggan mengesahkan kepada Reuters perkara tersebut.
Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, Trump dan Haley dijadual bertemu di Pejabat Oval pada pukul 10.30 pagi ini.
Menurut Axios, Haley telah berbincang tentang peletakan jawatan itu dengan Trump pada minggu lalu semasa mengunjungi White House.
Pengumuman tersebut menggemparkan pegawai-pegawai kanan dasar luar pentadbiran Trump. – Reuters