Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hanya Sembilan Daerah Zon...

PUTRAJAYA - Sembilan daerah di seluruh negara masih diletakkan di bawah zon merah...

Pemilik Rumah Dakwa Ditipu...

Kes orang menggunakan nama menteri untuk meraih kepercayaan orang bukan kisah baru.Bagaimana pun...

SPNB Bina 20,000 Rumah...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit tambahan...

Isu Tan Cheng Hoe...

ALOR SETAR - Ganjaran menanti skuad Kedah andai berjaya membawa pulang Piala FA...

Nilai Rumah Tidak Terjual Cecah RM22.5 Bilion

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rumah-rumah yang tidak terjual di seluruh negara bernilai RM22.5 bilion.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata 73 peratus daripada rumah yang tidak terjual itu merupakan kategori rumah mampu milik yang bernilai RM250,000 ke bawah.

“Kerajaan telah duduk (berbincang) dengan Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan pihak pemaju untuk menganjurkan satu ekspo pemilikan rumah seperti yang dilaksanakan pada 1998 hingga 1999 bagi menjual rumah-rumah yang tidak terjual tersebut,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah lambakan unit rumah yang tidak dapat dijual berikutan kegagalan para pembeli mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank dan institusi kewangan.

Zuraida berkata kementerian juga telah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia untuk membantu menyediakan skim-skim pembiayaan rumah yang membolehkan syarat kelulusan pinjaman rumah dilonggarkan. – BERNAMA

Kategori