Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anak Bekas Pemimpin Persenda...

Pihak polis belum menerima  sebarang laporan berhubung tindakan seorang anak bekas pemimpin tertinggi...

‘Kalau Ada Duit Tak...

KUALA LUMPUR : Semua pemilik kelab bola sepak perlu mempunyai 'otak' yang bijak...

Finland Bertegas Sertai NATO...

HELSINKI : Finland akan mengemukakan permohonan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)...

Tak Percaya Pengurusan, Keluarga...

MEMILIH untuk kembali aktif dalam industri seni setelah tamat rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah,...

Norman Hakim, Abby Abadi Rai Bersama Kejayaan Anak Hafaz Al-Quran

PELAKON Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi hadir bersama meraikan anak sulung mereka iaitu Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke-2 Peringkat Negeri Selangor pada Ahad.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, berkata ini merupakan kali ketiga anaknya dan pelajar lain diraikan dalam majlis penganugerahan sedemikian.

“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabat yang telah berjaya menghafal Al-Quran diraikan lagi hari ni untuk peringkat Negeri Selangor pula.

“Alhamdullillah, murah rezeki anak-anak ni. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur, terima kasih Allah untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan.

“Mama dan papa je wakil untuk hari ni. Abah (Jaiezzany) hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy (Memey Suhaiza) tak dapat bersama juga sebab adik-adik tak ada siapa yang jaga. Apa yg penting kerjasama hehe…,” tulisnya di Instagram.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/10/28/abby-norman/~/media/fa813714407140f98456886f5724fa8b.ashx?la=en

Rata-rata pengikut di laman tersebut memuji tindakan Abby dan Norman yang sentiasa mengutamakan anak dalam apa jua perkara.

Malah, ramai juga mendoakan supaya Danish menjadi anak soleh yang akan membahagiakan kedua ibu bapanya kelak.

“Ya Allah, bagusnya boleh bersama begini demi anak-anak,” kata Syabiela Ismail.


“Tahniah… Alhamdulillah berkat doa mama dan papa serta famili kedua-duanya. Nanti boleh ajar adik-adik pula,” komen Ateh Sadan.

“Sedih dalam kegembiran, saya bangga betul cara puan mendidik anak, dengan pelbagai dugaan yang dihadapi… Tahniah,” tulis Limah Mohd Nor pula.

Terdahulu, Abby dan Norman dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Mereka bercerai pada tahun 2008.

Kini, Norman bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan Abby pula bersama Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany. – mStar Online

Kategori