Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Larang Solat...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan...

Mahkamah: Lelaki Dituduh Tetak...

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang melakukan kerja-kerja kampung berdepan hukuman mati selepas...

Pekerja Tahu Tangga Bergerak...

CHINA – Insiden seorang wanita terkorban selepas terjatuh daripada tangga bergerak di sebuah...

Pesawat MAB Dari London...

LONDON - Kecekapan juruterbang berjaya menyelamatkan sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) daripada...

OSC Untuk Banteras Dadah Di Sarawak

KUCHING – Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah hari ini berkata, semakin ramai pelajar di negeri ini terjebak dengan penyalahgunaan dadah, secara purata dua daripada 10 remaja hamil didapati positif dadah.

Katanya, walaupun bilangan kes di Sarawak masih rendah berbanding di Semenanjung, kementerian harus mengambil peduli,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Sosial di Wisma Wanita di sini.

Menteri itu menegaskan isu dadah harus dibendung segera memandangkan penyalahgunaan dadah kini sudah mula mengganggu kesejahteraan komuniti termasuk di kawasan luar bandar.

Berikutan itu, katanya, menerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD), One Stop Committee (OSC) telah ditubuhkan di setiap daerah bagi menangani isu berkaitan dadah.

“OSC memberi tumpuan terhadap operasi dan tindakan intervensi bersepadu serta pembentukan polisi,” katanya.


Beliau berkata daerah yang terlibat dalam pilot study ini adalah Lawas, Subis, Tebedu, Sri Aman, Pusa dan Asajaya,
BERNAMA

Kategori