Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

BABAK ‘Silat Terbang’ Filem...

JIKA anda pernah menyaksikan filem Rock Ooo, pasti anda faham perkataan chingey yang...

Thaipusam Diisytihar Sebagai Cuti...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah hari ini mengisytiharkan 9 Feb sebagai cuti peristiwa...

Denda Kontraktor Gagal Baiki...

KUALA LUMPUR - Kontraktor yang didapati gagal baiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan...

‘Bukan Takut, Tapi Tak...

KOTA BHARU – Bapa saudara kepada salah seorang kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi...

PAC Tangguh Prosiding Ambrin Buang Berkenaan 1MDB

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini menangguhkan prosiding siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan hari ini.

Ronald sebelum ini dilapor berkata Ambrin yang dinamakan sebagai salah seorang saksi bagi siasatan semula 1MDB, merupakan Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Menurutnya, Ambrin yang sepatutnya memberi keterangan pada prosiding pertama siasatan semula 1MDB itu hari ini, telah membentangkan laporannya sebelum ini pada Mac tahun 2016 kepada PAC, dalam persidangan Parlimen penggal ke-13.

Dalam perkembangan lain, satu lagi prosiding iaitu mengenai tuntutan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion membabitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang dijadualkan esok juga ditangguhkan ke pukul 2.30 petang 14 Nov ini. – BERNAMA

Kategori