Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kajian Perketat Akta Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta...

RCI Wang Kelian: Tindakan...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintenden Rizani Che Ismail mengakui...

FAM Beri Bayangan Positif...

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi...

Kes Cabar Pelantikan Ketua...

KUALA LUMPUR - Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Penolong Setiausaha Parti...

PAFA Mohon Maaf Kepada Penyokong Sukar Dapat Tiket

IPOH – Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) memohon maaf kepada penyokong bola sepak negeri ini susulan kesulitan untuk mendapatkan tiket final Piala Malaysia antara pasukan The Bos Gaurus dengan Terengganu, Sabtu ini.

Presidennya Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata bagi membolehkan semua peminat Perak atau The Bos Gaurus mendapatkan tiket, pihaknya mengagihkan 35,000 tiket yang diperuntukkan ke tujuh lokasi berbeza di seluruh negeri.

“Berlaku sedikit kekecohan dan kesulitan urusan pembelian tiket hari ini, kita telah cuba yang terbaik untuk agihkan di setiap daerah dan permintaan yang sangat tinggi di luar kemampuan untuk mengurus dan mengagihkannya.

Saya memohon maaf bagi pihak PAFA kami cuba yang terbaik dan berlaku telus dalam urusan penjualan tiket tidak ada siapa yang monopoli,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hasnul tidak menafikan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap penjualan tiket tersebut dengan menjualnya pada harga yang mahal.

“Tidak dinafikan ada pihak mengambil kesempatan yang mana mereka telah memperoleh tiket dan menjual semula denga harga yang berlipat kali ganda dan saya mohon hentikan perkara ini,” katanya.


Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menetapkan harga tiket adalah RM50 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

MFL memperuntukkan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak masing-masing untuk Perak dan Terengganu.

Menurut Hasnul pihak PAFA menyediakan layar skrin di perkarangan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh untuk membolehkan peminat The Bos Gaurus menyaksikan perlawanan itu.

Terdahulu, kira-kira 1,000 penyokong Perak kesal dan kecewa sehingga berlaku sedikit ketegangan di kaunter jualan di Stadium Perak di sini apabila dimaklumkan tiket habis dijual walaupun baharu setengah jam kaunter dibuka iaitu pada pukul 9 pagi. – BERNAMA

Kategori