Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Hadiri Majlis Diatur...

KULAIJAYA - Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan hari ini memberi amaran keras kepada...

Mayat Lelaki Ditemukan Di...

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki tanpa identiti dalam keadaan mulai kembung ditemukan...

Pakatan Rakyat ‘Serang’ Yang...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang...

Kastam Gagal Cubaan Seludup...

KOTA KINABALU - Kastam Sabah merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM37.14 juta termasuk...

Pahang Akan Teruskan Operasi Cegah Maksiat- Tengku Abdullah

PEKAN – Pahang akan teruskan usaha cegah maksiat seperti biasa, termasuk melalui serbuan ke kediaman atau premis lain seperti hotel bagi mencegah perlakuan tidak bermoral, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Titahnya, apa yang penting ialah sebarang tindakan penguatkuasaan tidak boleh dibuat secara melulu, sebaliknya perlu dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan undang-undang, seperti mendapat kelulusan polis dan pihak berkuasa tempatan.

Baginda bertitah demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan media yang memetik kenyataan Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

“Itu pandangan menteri… tetapi di peringkat negeri khususnya Pahang kita akan teruskan (penguatkuasaan) dan diperhalusi serta lebih berhemah supaya kita dapat membendung jenayah syariah,” titahnya selepas perasmian bengkel catur siri 1/2018 bagi pelajar sekolah peringkat negeri Pahang di Hotel Ancasa dekat sini hari ini.

Sementara itu, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah program-program kesedaran agar masyarakat menjauhi semua bentuk jenayah syariah akan diperbanyakkan.


“Program kesedaran ini lebih sesuai, malah lebih baik dari hukuman. Kita mahu mendidik dan bukan hanya menghukum. Saya harap ia dapat membantu terutamanya golongan muda patuh kepada agama serta menjauhi maksiat atau jenayah syariah lain,” titahnya. – BERNAMA

Kategori