Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Telaga Tiub Bantu Operasi...

BESUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meneroka penggunaan telaga tiub...

Mufti Wilayah Beri Peringatan...

MUFTI Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur dua buah portal pro...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

K’jaan Kelantan Perlu Tegas...

JELI - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu tegas dalam melaksanakan saranan dikemukakan dalam...

Papadom Boleh Ancam Kesihatan – CAP

GEORGE TOWN – Penggemar kerepek rangup yang lebih dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar cuba mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam adalah tinggi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Beliau dipetik menurut laporan media tempatan mendakwa bahawa empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/200 gram garam.

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,” kata Mohamed.


Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori