Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Mesti Tumpu Taat...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan...

Shahir Muncul Bersama Erra...

PENYANYI Shahir Zawawi yang beberapa bulan hilang dari radar industri hiburan selepas tamatnya...

Tunku Tun Aminah Dilantik...

PUTERI Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Kelab Bolasepak...

Gila… Anak Korek Mata...

MAYAT seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan amat ngeri dan menyedihkan...

Papan Tanda Gajah Melintas Dipasang Di Telupid & Tongod

SANDAKAN – Bagi meningkatkan usaha pemuliharaan dan menyelamatkan gajah, empat papan tanda kawasan gajah melintas dipasang di kawasan Jalan Telupid dan Jalan Tongod.

Dua papan tanda itu dipasang di Jalan Telupid – Sandakan di kawasan Kampung Bauto, manakala dua lagi papan tanda dipasang di Jalan Telupid-Tongod.

Pelancaran program pemasangan papan tanda kawasan gajah melintas itu berlangsung hari ini di Dewan Kampung Bauto, Telupid.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussein Muin berkata program pemasangan papan tanda itu merupakan antara aktiviti yang dilaksanakan menerusi program Eksplorasi Menyelamatkan Gajah Borneo di bawah ‘UmbrElephant Campaign’.

Katanya pemasangan papan tanda itu ditaja oleh Forever Sabah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah aktiviti Renjer Komuniti Gajah Belia Telupid (CERT) .

Menurutnya CERT yang diwujudkan oleh Forever Sabah bertujuan membuat pengawalan gajah di daerah Telupid dan Tongod.


Ia membabitkan kajian perilaku gajah dan mengumpul data gajah di kedua-dua daerah itu, katanya.

Beliau berharap akan ada lagi pertubuhan bukan kerajaan akan bersama untuk menyokong usaha konservasi gajah ini.

Hussein berkata program ‘UmbrElephant Campaign’ membabitkan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Projek Seratu Aatai dilancarkan pada minggu lepas oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew di Kota Kinabalu.

Projek Seratu Aatai diketuai Dr Nurzhafarina Othman yang menumpukan terhadap usaha memahami ekologi gajah Borneo di luar kawasan perlindungan dan membangunkan keupayaan tempatan untuk menangani konflik antara gajah dan manusia di Sabah. – BERNAMA

Kategori