Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syarat ‘Unik’ Arab Saudi...

Semua sedia tahu, Arab Saudi melalui undang-undang yang digariskan sejak dahulu telah melarang...

Pelajar Reka Cerita Diculik,...

SUNGAI PETANI - Cerita kononnya seorang pelajar sekolah diculik di sini dua hari...

4 Didakwa Eksploitasi Seks...

JOHOR BAHRU - Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Usah Remeh Pertukaran Info...

BAGAN DATOH - Semua pihak sama ada pemimpin parti politik atau orang awam...

Parlimen: Tok Pa Muncul Di Barisan Wakil Kerajaan

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini ‘muncul’ di barisan wakil rakyat kerajaan di Dewan Rakyat sebagai Anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Beliau pada mulanya dicari Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof di tempat duduk wakil rakyat Bebas ketika ingin menjawab soalan yang ditimbulkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Selepas kelibat Mustapa yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Pa’ tidak kelihatan, Mohd Redzuan bercadang meneruskan penggulungannya bagi usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya, apabila Mustapa tiba-tiba mencelah.

Sebaik sahaja Mohd Redzuan ingin menukar topik penjelasan, Mustapa secara tiba-tiba menjawab ringkas: ”(Saya) ada,” disambut gelak tawa beberapa Anggota Parlimen lain.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming turut mengalu-alukan kehadiran bekas anggota UMNO itu di Dewan Rakyat.


“Dari kiri ke tengah, sekarang di kanan. Selamat mendarat,” katanya.

Mustapa pada 18 Sept lalu mengumumkan keputusannya untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, sebelum mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Jumaat lepas. – BERNAMA

Kategori