Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jurulatih Taekwando Cabul Kanak-kanak...

SHAH ALAM – Seorang jurulatih seni mempertahanakan diri taekwando yang ditahan selepas mencabul...

KL2017: Usia Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Pada usia 46 tahun, Nor Hashimah Ismail masih kelihatan bersemangat di...

UPSI Cawangan Teluk Intan...

TELUK INTAN - Kerja-kerja pembersihan tapak membina sebuah kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan...

Dua Kanak-Kanak Perempuan Bersaudara...

JOHOR BAHRU - Dua kanak-kanak perempuan bersaudara lemas semasa mandi di kolam rekreasi...

Parti Boleh Saman, Tuntut Kos Pilihan Raya

TUNTUT… Parti yang tidak berpuas hati dengan tindakan ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ‘lompat parti’ boleh mengemukakan tindakan undang-undang di mahkamah.

Ini bagi membolehkan hakim dapat menentukan sama ada terdapat hubungan kontraktual antara calon dan parti bertanding serta sama ada ia berhak menuntut ganti rugi atas perbelanjaan dikeluarkan ketika pilihan raya.

Peguam, Adnan Seman berkata, oleh kerana belum ada lagi kes seumpama itu dikemukakan di sebarang mahkamah tempatan, maka amat wajar bagi mana-mana parti politik memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi tersebut.

“Tidak ada lagi sebarang keputusan pernah dikeluarkan mahkamah membabitkan tuntutan ganti rugi bagi kerugian berikutan ahli yang lompat parti. Oleh itu jika ada tuntutan sedemikian, ia memberikan peluang kepada mahkamah.

“Ini untuk pihak hakim memutuskan isu berkenaan dari aspek kerugian yang dialami parti politik yang bertanding,” kata Adnan yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak ketika dihubungi NSTP.

Beliau mengulan amaran oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur kelmarin.

Bekas timbalan perdana menteri dan mantan menteri dalam negeri itu menegaskan bahawa, tindakan undang-undang sudah dimulakan terhadap wakil rakyatnya yang sengaja meninggalkan parti berkenaan baru-baru ini.


Ahmad Zahid berkata, keputusan diambil bagi hormati kehendak disuarakan ahli parti yang rasa dikhianati selain wakil rakyat terbabit perlu kosongkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Ini kerana calon terbabit bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN). Mengulas lanjut, Adnan berkata, secara asasnya tiada undang-undang halang mana-mana ahli parlimen atau ADUN untuk lompat parti.

Justeru beliau berkata, ia bermakna mereka berhak terus lagi menjadi Ahli Parlimen atau ADUN Bebas malahan boleh menyertai mana-mana parti politik lain dan secara automatik menjadi ahli parti berkenaan.

“Melainkan jika terdapat persetujuan atau aku janji awal sebelum PRU di mana calon bersetuju dan mengaku janji untuk mengosongkan kerusi Parlimen atau DUN sekiranya meninggalkan parti mereka,” katanya. – Mynewshub.TV

Kategori