Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sajian Desa Menggamit Rasa...

Bagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan...

COVID-19: Tsunami ‘Mangsa’ Jika...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu...

Bajet 2019 Bukti PH...

BONGKAR... Cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam mengenai isu...

Amalan Memakan Uri Bayi...

Perbuatan memakan uri bayi telah diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) namun kecederungan itu...

PAS Bantah Penganjuran ‘Oktoberfest’

KUALA LUMPUR – PAS menentang keras penganjuran pesta arak ‘Octoberfest’ 2018, yang disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, kata Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata ​​​​​​sensitiviti ​umat Islam yang merupakan majoriti penduduk di negara ini, mestilah dijaga.

“(Penganjur) mestilah menghormati sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti. Pada masa sama kita hormat kebebasan agama lain. Kita hendaklah (saling) menjaga sensitiviti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Abdul Hadi diminta mengulas penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest 2018’ yang dilaporkan akan diadakan di pusat beli-belah Mid Valley hujung bulan ini.

Mengenai kenyataan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad yang menyatakan pesta itu akan dibenarkan sekiranya mematuhi garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Abdul Hadi berkata peraturan tersebut perlu dilihat secara terperinci terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang berkata PAS akan melakukan post-mortem berhubung keputusan pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang ditandingi parti itu.


“Kita sangat gembira kerana pada PRK itu, PAS mendapat undi yang meningkat walaupun kita bertanding tujuh penjuru,” katanya.

Pada PRK Sabtu lepas, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 31,016 undi menewaskan calon PAS Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas iaitu bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230), Lau Seck Yan (214), Stevie Chan (337), Kan Chee Yuen (154) dan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82),

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu, calon PAS, Mahfuz Roslan mendapat 6,954 undi selepas tewas kepada calon PH Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang mendapat 36,225 undi manakala calon Barisan Nasional, Datuk V.S. Mogan (18,515 undi). – BERNAMA

Kategori