Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MOF Senaraikan Dua Kategori...

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan cukai ke atas pendapatan yang diterima dari...

Ketetapan Baharu Bilangan Jemaah...

SHAH ALAM - Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah...

Warga Iran Ditahan Miliki...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Iran berumur 33 tahun yang...

Mayat Bayi 6 Hari...

JASIN - Seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati di dalam perigi...

Pasport Jepun ‘Berkuasa’ Di Dunia, Malaysia Jatuh Ke-10

PINTAS… Pasport Singapura tidak lagi diiktiraf sebagai paling ‘berkuasa’ di dunia apabila tempat pertama diambil alih oleh Jepun, menurut Indeks Pasport Henley 2018 yang dikeluarkan kelmarin.

Selepas dapat pengecualian syarat visa untuk lawat Myanmar awal bulan ini, pemegang pasport Jepun kini nikmati akses tanpa visa ke 190 negara, berbanding pasport Singapura yang boleh mengunjungi 189 negara tanpa visa.

Ini sekali gus meletakkan Singapura di tempat kedua dalam ranking baharu itu. Kedua-dua negara bertarung untuk peroleh pengiktirafan sebagai pasport paling ‘berkuasa’ di dunia sejak berkongsi tempat pertama pada Februari.

Jerman pula yang sebelum ini berada di tempat kedua, jatuh ketiga berkongsi dengan Korea Selatan dan Perancis. Denmark, Finland, Itali, Sweden dan Sepanyol berkongsi tempat keempat, dengan akses bebas visa 187 negara.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) dan Britain terus susut daripada tempat keempat kepada kelima berkongsi kedudukan dengan Norway, Austria dan Portugal yang bebas lawat 186 negara tanpa perlu rakyatnya memohon visa.

“Dengan kurang kegiatan ke luar negara berbanding negara Asia seperti Jepun, Singapura, Korea Selatan, sukar bagi AS dan Britain kembali tempat pertama yang pernah dikongsi pada 2015,” menurut kenyataan pentadbir indeks itu.

Indeks Henley merupakan ranking semua pasport di dunia dinilai berdasarkan jumlah negara boleh dikunjungi tanpa perlu visa. Ia dikemas kini pada masa nyata, iaitu setiap kali perubahan pada dasar visa yang dilaksanakan.

Pasport Versi Baharu

Uniknya, Malaysia yang pernah disenaraikan sebagai kelima paling berkuasa di dunia, namun terbaharu jatuh kepada tempat ke-10 berkongsi tangga tersebut bersama-sama Hungary dan Slovenia dengan 180 negara sahaja.


Difahamkan, kemerosotan itu berpunca ekoran perubahan kerajaan yang menyaksikan banyak negara tidak yakin dengan dasar luar Malaysia di bawah Pakatan Harapan berbanding pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

Pertukaran politik domestik itu menyebabkan ada beberapa buah negara tertentu mula mengenakan visa terhadap pelawat dari Malaysia kerana berasa ragu dengan polisi antarabangsa kerajaan Malaysia yang agak cacamarba.

Untuk rekod, ranking ini juga ditetapkan berdasarkan data terkini diterbitkan oleh pihak Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan hasil penyelidikan bebas yang dijalankan agensi Henley and Partners sendiri.

Sementara itu, Iraq dan Afghanistan berada pada kedudukan paling corot dalam senarai itu, dengan rakyat mereka hanya mempunyai akses bebas visa kepada 30 negara diikuti Syria dan Somalia yang terhadap meliputi 32 negara.

Dalam satu lagi tinjauan pada awal tahun ini, syarikat penasihat kewangan antarabangsa Arton Capital menamakan pasport Singapura sebagai yang paling diiktiraf ‘berkuasa’ di dunia dengan tidak perlu visa melibatkan 165 negara.

Bagaimanapun, ranking indeks tersebut hanya berdasarkan kepada kajian dilakukan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang agak terhad dengan membabitkan 198 negara. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori