Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Van Gaal Ulangi Minat...

LONDON - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menyuarakan minat untuk mendapatkan Cristiano...

33 Ahli Geng 24...

KLANG - Seramai 33 anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apachee dihadapkan ke...

2 Pelancong Asing Rakam...

LUSAKA - Dua pelancong, masing-masing rakyat Belanda dan Belgium, maut dipijak gajah di...

Komposer Adnan Abu Hassan...

KUALA LUMPUR - Komposer Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia hari ini di...

Pasrah Jika Kerja Amal Dianggap Rasuah

REDA… Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasrah jika kerja amal termasuk bina Maahad Tahfiz telah diklasifikasi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kesalahan rasuah.

“Saya hanya lakukan kerja-kerja amal jariah untuk pembinaan Maahad Tahfiz bagi hafiz-hafiz yang sudah hafal 30 juzuk al-Quran dari seluruh negara. Ini bagi membolehkan mereka mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Dan pada masa sama melengkapkan syahadah (sijil) al-Hafiz serta diploma al-Quran untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke universiti dalam dan luar negara,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO dan juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengulas arahan pihak SPRM mahu beliau perlu hadir ke ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya, esok untuk dirakamkan keterangannya.

Ini juga sebenarnya adalah kali ketiga beliau dipanggil SPRM sejak Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu, yang dilihat pengamat politik sebagai dendam kerajaan Pakatan Harapan.

Ahmad Zahid sebelum ini pernah disoal siasat oleh pihak SPRM berkaitan dengan isu penggunaan dana organisasi kebajikan tempatan yang dikenali Yayasan Akal Budi setelah digunakan bagi menjelaskan hutang kad kreditnya.

Juga dakwaan berkaitan pertemuan dirinya dengan kerabat diraja Arab Saudi beberapa tahun lalu yang dikatakan telah memasukkan wang RM2.6 bilion terus ke akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2013.


Mengulas lanjut tentang soal siasat itu, Ahmad Zahid mengulangi permintaannya agar tiada berlangsung sebarang himpunan esok atas alasan tidak mahu pegawai SPRM tertekan apabila lihat kehadiran sokongan rakyat marhaen.

“Keterangan secara telus akan saya berikan sendiri…. Siasatan ini dibuat atas tuduhan rasuah dan terhadap dana sumbangan yang terkumpul serta segala wang peribadi saya sendiri.

“Ini semua disiasat oleh pihak SPRM di bawah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001).

“Semua dana dalam akaun diurus oleh firma guaman sebagai akaun amanah. Saya reda dengan amal soleh saya telah diklasifikasikan sebagai memperoleh rasuah dan AMLA,” kata Ahmad Zahid. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori