Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Reman 7 Wanita, 2...

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan lanjutan reman satu hari...

Polis Kesan Pemuda Didakwa...

KOTA BHARU - Polis Kelantan masih meneruskan siasatan terhadap dakwaan kehilangan seorang remaja...

Terkejut Jumpa Berlian Dalam...

LONDON - Seorang wanita terkejut apabila menemui sebutir berlian di dalam telur rebus...

Mangsa Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat dan di Sarawak...

Patuhi Garis Panduan Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi

KUALA LUMPUR – Majikan, termasuk kontraktor penyenggaraan, yang pekerja mereka melakukan kerja di tempat tinggi, digesa melaksanakan tanggungjawab statutori masing-masing dengan sedapat mungkin seperti yang termaktub dalam undang-undang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu akan membantu memastikan kejadian seperti seorang pekerja warga Bangladesh tercedera apabila sebahagian siling lobi di sebuah hotel di sini runtuh pada Ahad, tidak berulang.

Menurut laporan, kejadian pada awal pagi itu berlaku ketika kerja membaiki pendawaian elektrik dilakukan sebuah syarikat kontraktor.

“Saya ingin tegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan latihan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE), manakala di pihak pekerja pula, mereka bertanggungjawab untuk memakainya,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lee berkata apabila PPE diperlu digunakan dalam keadaan tertentu, peralatan itu perlulah mematuhi standard Malaysia yang ditetapkan atau standard yang diterima pakai di peringkat antarabangsa.


Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Kebangsaan Hilton Kuala Lumpur Eugene Oelofse ketika dihubungi Bernama berkata bahagian terjejas dengan kejadian itu kini ditutup sementara kepada orang ramai.

“Bar The Oro Cafe, dan lobby lounge tidak akan beroperasi sehinggalah diberitahu kelak,” katanya tentang kejadian itu yang berlaku ketika kerja penyenggaraan dibuat terhadap siling lobi hotel berkenaan oleh kontraktor berlesen. – BERNAMA

Kategori