Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Hukuman Mati Mandatori Perlu...

SHAH ALAM - Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin...

Pelabuhan Klang, Miri Catat...

KUALA LUMPUR - Pelabuhan Klang, Selangor dan Miri, Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara...

Bas Amfibia Dipandu Uji,...

KUALA TERENGGANU – “Bas amfibia atau amphicoach hanya menjalani latihan pandu uji enjin...

Agong Terima Darjah Utama...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

PDRM Dicadang Tubuh Jabatan Khas Berkaitan Jenayah Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) disaran menubuhkan jabatan khas untuk membanteras jenayah berkaitan alam sekitar, khususnya membabitkan kecurian dan kemusnahan alam di seluruh negara.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun ada antara kesalahan dilakukan terletak di bawah bidang kuasa agensi lain, namun peranan polis mampu membantu mengekang aktiviti jenayah berkenaan yang semakin menjadi-jadi.

“Penglibatan aktif dan agresif pihak polis dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan lain mampu membantu kerajaan menangani isu berkaitan pada masa akan datang termasuk membanteras sindiket yang terlibat dalam pemburuan haram, kecurian balak dan kayu gaharu serta penerokaan tanah haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lee berkata aspek penguatkuasaan bersama polis dan agensi berkaitan juga akan dapat membantu mengatasi pembangunan tidak terkawal di kawasan cerun yang menjadi penyebab utama kejadian tanah runtuh yang sering dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Menurut kajian Universiti Teknologi Malaysia, terdapat 21,000 “hotspots” atau kawasan yang mudah berlaku tanah runtuh di seluruh negara dan 16,000 daripada jumlah itu berada di Semenanjung Malaysia.


“Selain aktiviti pembangunan, penerokaan tanah tidak terkawal juga menjadi antara punca beberapa kejadian tanah runtuh yang turut mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata langkah pencegahan jenayah alam sekitar oleh pihak polis juga adalah selaras dengan tindakan tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani jenayah alam sekitar yang turut dikaitkan dengan isu integriti dan amalan rasuah yang berleluasa.

“Dilaporkan, jenayah alam sekitar ini menjadi lebih buruk dengan pembabitan agensi yang sepatutnya dipertanggungjawabkan memelihara kesejahteraan alam sekitar namun bertindak sebagai tali barut demi kepentingan wang,” katanya. – BERNAMA

Kategori