Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kantoi Reka Cerita Sedih!...

Orang cakap, kalau hendak bantu meringankan beban pihak lain, biarlah ia dilakukan secara...

DAP Tangguh Pemilihan Parti...

PETALING JAYA - DAP menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini...

Pengarah Syarikat Mengaku Tidak...

KEMAMAN - Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd hari ini mengaku tidak...

Lagu Terbaik Anugerah Juara...

TROFI juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 malam ini menjadi milik lagu Potret nyanyian Akim...

Pedofilia Dilarang Dekati Kanak-Kanak Seumur Hidup

GENEVA – Switzerland akan menguatkuasa larangan seumur hidup ke atas penjenayah pedofilia daripada bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak mulai tahun depan.

Larangan itu bakal dilaksanakan selepas pengumuman mewartakan keputusan pungutan suara yang dibuat empat tahun lalu kepada undang-undang.

Pada Mei 2014, rakyat Switzerland mengundi bagi mendesak anggota Parlimen memperkenalkan antara undang-undang paling ketat di Eropah, terhadap individu yang sabit kes salahguna seksual ke atas kanak-kanak atau tanggungan mereka.

Kerajaan Switzerland dalam satu kenyataan berkata, justeru, mulai 1 Januari ini, hakim secara sistematik perlu menguatkuasa larangan seumur hidup terhadap tertuduh dewasa, yang sabit kesalahan seksual ke atas golongan bawah umur, atau individu lain yang mungkin terdedah untuk bekerja pedofilia.

“Kesemua hakim perlu menguatkuasa undang-undang ini dalam semua kes, tanpa mengira bentuk hukuman dan sama ada pelaku itu dianggap bertanggungjawab atas tindakannya,” katanya.


Ketika ini, Switzerland menguatkuasa larangan sehingga 10 tahun kepada pedofilia yang dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. – AFP/myMetro Online

Kategori