Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bagaikan Berada Pada Tahun...

KUALA LUMPUR - “Seolah-olah berada pada tahun 1957! Itu antara reaksi terhadap sambutan...

Alam Flora Bantu Kerja...

KOTA BHARU - Alam Flora Sdn. Bhd. akan membantu kerja pembersihan di Kelantan...

Sibuk Menyanyi, Mya Tolak...

PENYANYI Mya yang sebelum ini dikenali sebagai Maya Matahari sudah lama tidak menghiasi...

Disuruh Jadi Ibu Remy...

KUALA LUMPUR : Pelakon yang sentiasa menjaga keterampilan, Rozita Che Wan, mengaku baru-baru...

Polis Diingatkan Jangan Terlibat Judi Siber

PORT DICKSON – Pegawai dan anggota polis diingatkan supaya tidak terlibat dengan kegiatan judi dalam talian atau judi siber kerana mereka juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan tindakan undang-undang jika didapati terlibat.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata meskipun kegiatan judi dalam talian ini sukar dilihat secara fizikal seperti berjudi di premis perjudian, namun tindakan mereka dipantau apatah lagi mereka merupakan penjawat awam yang menguatkuasakan undang-undang.

“Anggota polis yang berjudi memang merupakan satu kesalahan serius, mereka yang terlibat bukan sahaja boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 malahan mereka juga boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Rumah Judi,” katanya kepada pemberita selepas program Kayuhan Basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Sukan Negara di sini, hari ini.

Katanya pihaknya polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang didapati terlibat dengan kegiatan perjudian siber.

Mengenai program Kayuhan Basikal PDRM, Noor Azam berkata program itu akan diteruskan bagi memastikan ia tidak dianjurkan secara bermusim.


“Program ini selain memberi peluang kepada polis beriadah, kami juga mengambil peluang ini untuk bertemu dan berinteraksi terus dengan masyarakat.

Sepanjang berbasikal, kita ada beberapa hentian pit dan di hentian pit inilah kita berhenti dan bertemu dengan masyarakat sekitar,” katanya. – BERNAMA

Kategori