Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1 Maut, 2 Cedera...

SAN SALVADOR - Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan El Salvador menyebabkan seorang...

Konsep Inabah Diperluas Atasi...

RAUB - Kerajaan akan memperluaskan penggunaan pendekatan agama dan kerohanian atau inabah dalam...

Tokong Terbiar Di Jepun...

UNIK... Sebuah tokong terbiar di Jepun ini kelihatan biasa dari luar namun apabila...

Pakatan Tidak Amal Politik...

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) tidak mengamalkan politik balas dendam terhadap Barisan Nasional...

Pegawai Kanan Mara Didakwa Setuju Rasuah Kontrak

KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Penolong Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bersetuju menerima dan memperoleh rasuah wang tunai RM3,000 daripada seorang peniaga berhubung penyambungan kontrak lot tapak niaga di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, empat tahun lalu.

Azmi Umar, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Azmi yang ketika itu menjawat jawatan Pegawai Mara Daerah Shah Alam didakwa bersetuju untuk menerima dan memperoleh suapan berupa wang tunai RM3,000 daripada Sarabano Noor Mohamed, 44, sebagai dorongan untuk Panel Jawatankuasa Mara meluluskan penyambungan kontrak penyewaan lot G12 dan G13 di Anggerik Mall, Shah Alam yang telah tamat tempoh pada 30 Jun 2014.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Hotel JW Marriot, No. 183, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 10.45 pagi dan 12.45 tengah hari, 29 Ogos 2014.

Bagi pertuduhan bersetuju untuk menerima, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala bagi pertuduhan memperoleh pula dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) akta sama. – UTUSAN ONLINE

Kategori