Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Klien MAB Daftar Masuk,...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhad (MAB) menguatkuasakan pelaksanaan sistem daftar masuk dan...

Menara FELCRA Terpaksa Dijual

KUALA LUMPUR - FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak...

Majlis Berbuka Puasa Langgar...

KUALA LUMPUR - Penyanyi rap yang juga penganjur majlis berbuka puasa di sebuah...

1 Lagi Kluster Baharu...

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan kluster baharu yang dikesan di sebuah pusat jagaan warga...

Pegawai Kanan Polis Bergelar Datuk Ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk bagi bantu siasatan berkaitan kes rasuah berjumlah lebih RM100,000.

Pegawai kanan berusia 56 tahun berpangkat Senior Asisten Komisioner itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, jam 7.10 malam.

Menurut sumber, suspek yang bertugas sebagai Pengarah Jabatan di Bukit Aman disyaki meminta dan menerima wang rasuah berkenaan antara Ogos 2017 hingga Ogos lalu.

“Suspek disyaki meminta dan menerima wang itu sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengambil upah dalam urusan pengurangan saman di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pagi esok di Mahkamah Sesyen Putrajaya,” katanya. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori