Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Permata Sedia Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Permata Negara (Permata) bersedia bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menubuhkan...

Jerebu: Sekolah S’gor, Putrajaya,...

PUTRAJAYA - Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta bahagian...

Malaysia Bimbang Rohingya Mangsa...

PUTRAJAYA – Malaysia bimbang bahawa lebih 400,000 etnik Rohingya yang sekarang mencari perlindungan...

Akta Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR - Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April...

Pekerja Curi Selipar Jepun Dijel 3 Hari, Denda RM600

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja pendawaian elektrik dihukum penjara tiga hari dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi kesalahan mencuri makanan dan sepasang selipar Jepun di sebuah pasar raya.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Noor Shukri, 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri makanan dan selipar itu yang keseluruhannya bernilai RM103.12 di Pasar Raya AEON, Taman Usahawan Kepong, di sini pada 7 malam, 9 Okt lepas.

Mahkamah memerintahkan Muhammad Noor dipenjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Okt lepas dan perlu menjalani penjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran selain mengambil kira kadar kekerapan jenayah mencuri yang semakin berleluasa.


Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda yang rendah dengan alasan dia menanggung ibunya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori