Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Terlalu Cantik, Gadis ‘Dikurung’...

DEK kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya, sepasang ibu bapa di...

Muslim Memusuhi Agama Lain...

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Islam yang tidak bebas daripada memikirkan kaum sendiri...

Tarikh Tutup Borang B...

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tarikh tutup penghantaran borang...

Emma Maembong: Kenapa Mamat...

PELAKON filem Ucop Wilcha Dan Werewolf Dari Bangladesh, Emma Maembong meluahkan rasa terkejutnya...

Pekerja Nurseri Tendang Kepala Kanak-Kanak OKU

SEORANG pekerja nurseri dirakam menendang kepala seorang kanak-kanak kurang upaya semata-mata kerana lampinnya penuh.

Rakaman menyedihkan yang diambil dengan telefon bimbit yang tular itu menunjukkan penjaga yang sedang marah berdiri dekat dengan kanak-kanak berkenaan yang sedang terbaring di atas lantai.

Dia kemudian menghempuk beg sekolah yang berat ke muka kanak-kanak tersebut dan menendangnya kepalanya sambil berteriak “kamu bodoh!”

Kanak-kanak berkenaan tidak menangis sebaliknya hanya memandang wanita yang menjaganya.

Wanita itu dapat didengar berteriak kepada kanak-kanak yang tidak boleh berjalan itu: “Datang sini saya nak bersihkan kamu.”

Dia kemudian memberitahu seorang rakan sekerja: “Saya dah suruh dia berhenti bergerak dan duduk diam-diam.

“Dia bodoh, dia faham apa yang saya kata, dia hanya buat-buat bodoh.”

Dalam satu kejadian lain, penjaga yang sama telah dirakam memukul kepala budak perempuan itu ketika menukar lampinnya.


Insiden berlaku di Jukskei Park, Johannesburg, Afrika Selatan.

Menurut media tempatan, penjaga dalam video itu telah dibuang kerja.

Nurseri itu dilaporkan dimiliki oleh seorang doktor tempatan dan terdapat tiga kanak-kanak kurang upaya yang menerima rawatan harian di situ.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan bahawa pekerja itu telah dipecat dan berjanji untuk melakukan siasatan lanjut. – Mirror/mStar Online

Kategori