Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cawangan Starbucks Di Bangsar...

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal,...

5,859 Kes Baharu COVID-19...

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan...

Kementerian Akan Usul Beri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengusulkan kepada kerajaan...

Dewan Pemuda PAS Cuba...

DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum berkenaan komunikasi media sosial yang berlaku di...

Pekerja Stesen Minyak Lebam Dipukul Di Muka

IPOH – Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki akibat salah faham ketika isi minyak sehingga video kejadian itu tular di media sosial hanya mengalami lebam pada bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kejadian tersebut berlaku pada 6 Okt lepas kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Katanya semasa kejadian, mangsa yang berumur 23 tahun sedang bekerja di kaunter stesen minyak berkenaan sebelum didatangi sekumpulan penunggang motosikal yang mahu mengisi minyak.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut memesan untuk mengisi minyak tetapi tidak memaklumkan kepada mangsa yang bertugas di kaunter untuk mengisi minyak jenis RON 97.

“Mangsa kemudiannya memberikan minyak RON 95 menyebabkan lelaki itu tidak berpuas hati sebelum sekumpulan kawan lelaki itu kembali semula ke kaunter dan menarik mangsa keluar biarpun mangsa telah meminta maaf,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata seorang daripada kumpulan lelaki tersebut memukul dan membaling air tin kepada mangsa menyebabkan mangsa mengalami kesan lebam di bahagian muka.

Tambahnya rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu tidak dapat mengenal pasti suspek yang terlibat dan nombor pendaftaran motosikal juga tidak jelas.


Wan Azharuddin berkata pihaknya difahamkan ketika kejadian berlaku mangsa turut mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan sehingga menyebabkan salah faham.

“Jadi saya mahu orang ramai tidak menularkan kes ini lagi di media sosial kerana ia hanyalah salah faham kecil dan telah berlaku beberapa hari yang lepas,” katanya.

Wan Azharuddin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Video berdurasi 42 saat itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam menunjukkan seorang pekerja stesen minyak ditarik keluar sebelum dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal. – BERNAMA

Kategori