Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Letak Calon Bukan Islam...

MARANG - Langkah PAS meletakkan calon bukan Islam untuk bertanding di beberapa negeri...

Facebook Tawar Akses Internet...

FACEBOOK sebelum ini telah berkongsi perancangan mereka untuk ingin menyediakan beberapa satelit di...

Bakti Beri Sumbangan Kepada...

TUMPAT - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti)...

Harga Petrol Naik 5...

KEMENTERIAN Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik 5 sen mulai tengah malam ini.Harga...

Pelajar Beri Biskut Dicampur Abu Mayat Datuk

LOS ANGELES – Seorang remaja perempuan di California didakwa mencampurkan abu mayat datuknya menjadi biskut dan memberinya kepada rakan sekolah, lapor media tempatan semalam.

Pelajar itu dikatakan memberi biskut berkenaan kepada sekurang-kurangnya sembilan rakan lain, lapor akhbar Los Angeles Times, memetik polis di Davis, berhampiran ibu negeri Sacramento.

Sesetengah pelajar makan biskut itu tanpa mengetahui bahan tambahan terbabit dan merasa amat terkejut, kata Leftenan Paul Doroshov, menurut the Times.

Manakala pelajar lain di Da Vinci Charter Academy itu sedar bahan tambahan dicampur namun tetap makan biskut terbabit, kata Doroshov kepada akhbar, menambah beliau mendapati dakwaan itu boleh dipercayai.

Seorang pelajar, Andy Knox memberitahu stesen televisyen tempatan KCRA, dia dalam perjalanan ke kelas apabila seorang pelajar muda tidak dikenali menawarkan biskut itu mengatakan ia mengandungi ‘bahan istimewa.’


“Saya ingatkan dia memasukkan dadah atau sesuatu. Justeru saya bertanya jika ia biskut ganja atau apa? Pelajar perempuan itu membalas tidak dan mengatakan ia abu mayat datuknya sebelum ketawa. Saya amat terkejut,” kata pelajar lelaki itu.

Polis sedang menyiasat insiden 4 Oktober lalu, menurut beberapa laporan media, namun tidak membuat sebarang tangkapan atau bertindak terhadap pelajar terbabit.

Dalam satu kenyataan, Davis Joint Unified School District berkata, pelajarnya selamat dan ‘tiada risiko kesihatan’ terhadap sesiapa yang terbabit. – AFP/BH ONLINE

Kategori