Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

16 Pelajar Keracunan Makanan...

ALOR SETAR - Kes keracunan makanan yang melibatkan 16 murid prasekolah di Sekolah...

Gambar UFO Didakwa Dirakam...

LONDON : Seorang pakar UFO mendakwa berjaya menyelesaikan salah satu misteri makhluk asing...

Lelaki Menderita Selama 12...

Kazakhstan – Seorang lelaki menderita selama 12 tahun selepas pakar bedah secara tidak...

Ada Tujuh, Lapan Ahli...

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) bersedia...

Pelajar Tingkatan 5 Antara 63 Penagih Dadah

JERANTUT – Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun dan warga emas berusia 67 tahun antara 63 orang dipercayai penagih dadah yang berjaya ditahan dalam Op Tapis Bersepadu yang diadakan sejak 5 Oktober lalu.

Operasi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu, dilakukan di kawasan bandar Jerantut, Felda Kota Gelanggi 3 dan 5, Jengka 24, Pulau Tawar, Kuala Tembeling dan Kuala Tahan.

Ketua Polis Daerah Supt Mazlan Hassan berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 60 lelaki dan tiga wanita.

“Hasil soal siasat mendapati pelajar sekolah menengah yang ditahan bersama 0.1 gram heroin itu mengaku sudah terlibat dengan dadah sejak setahun lalu, manakala warga emas yang ditahan mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini hari ini.

Mazlan berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya turut menahan sepasang suami isteri berusia lingkungan 30an, yang dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan bersama pelbagai jenis dadah jenis syabu, heroin dan ganja di rumah sewa mereka di Kampung Pagi.

“Hasil operasi selama seminggu itu, polis turut berjaya merampas 9.92 gram heroin, 1.8 gram ganja, 7.42 syabu, 346.35 gram daun ketum dan 21 liter air ketum dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,940.


“Selain itu, kita turut merampas sebilah kerambit dan 15 butir peluru daripada penagih yang ditahan di dalam operasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata daripada kesemua yang ditahan, seramai 49 orang telah dituduh di Mahkamah Jerantut di bawah pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya selain ada yang didakwa kerana menghalang tugas penjawat awam dan Akta Senjata Api.

Operasi itu diketuai ASP Fairuz Azma Fauzi bersama 21 anggota polis dan 11 anggota serta pegawai AADK, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori