Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peserta Maraton Tak Sangka...

KUANTAN - Memang tidak akan terduga oleh mana-mana pelari maraton untuk dilanggar kereta...

Heboh.. Resit Kopitiam Terkenal...

KECOH jadinya bila satu resit didakwa dikeluarkan restoran kopitiam terkenal di negara ini, memaparkan menu...

Laporan Interim Siasatan MH370...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan interim berhubung hasil siasatan berkaitan...

Isteri Buat Laporan Polis...

TIDAK pasti sama ada benar atau sebaliknya, kecoh jadinya apabila ada khabar angin...

Pelaksanaan RON95 EURO4M Ditangguh Januari 2020

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan petrol RON 95 EURO4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun ini kepada 1 Januari 2020, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Beliau berkata langkah ini adalah untuk menjajarkan perubahan harga kos produk bagi petrol RON95 EURO4M mulai Julai 2019 dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk petrol RON95 EURO4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak selama enam bulan.

“Kerajaan juga bersetuju supaya peralihan harga bagi produk petrol RON95 EURO4M dibuat secara berperingkat selama enam bulan bermula Julai 2019 bagi mengurangkan impak perubahan harga kepada pengguna.

“Kaedah ini juga dilihat lebih adil kepada pengguna kerana dalam tempoh transisi ini pembelian petrol RON95 masih belum memenuhi spesifikasi penuh EURO4M,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saifuddin Nasution kerajaan mula merancang pelan tindakan bagi peningkatan kualiti bahan api petrol dan diesel sejak tahun 2006.

Beliau berkata pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha dalam mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.


Matlamat ini juga menjadi janji ke-39 “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar” dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Pada 18 Ogos 2014, Saifuddin Nasution berkata kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualitibahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, Petrol RON95 EURO4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

“Walau bagaimanapun setelah melalui beberapa siri perbincangan antara pihak kerajaan dan syarikat minyak yang berkenaan, kerajaan mendapat maklum bahawa, syarikat minyak memerlukan masa yang lebih untuk membuat persediaan.

“Ini adalah untuk memastikan bekalan petrol RON95 EURO4M memenuhi keperluan pasaran di Malaysia tanpa memberikan kesan kepada harga jualan runcit yang sedia ada kepada pengguna,” katanya. –BERNAMA

Kategori