Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAN Kesal Cukai Arak...

ENTAH di mana silapnya 'kecerdikan', seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman...

Nak Kurus Punya Pasal,...

FUHHH… Dalam beberapa bulan ini sahaja nama pelakon jelita, Uqasha Senrose dilihat sudah...

Ismail Kamus Pendakwah Diingati

PUTRAJAYA - Celoteh yang bersahaja dengan disulami nasihat yang berguna sentiasa menjadi ingatan...

Azam Realisasikan Hasrat Penduduk...

LAHAD DATU – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdullah berazam merealisasikan...

Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar Garis 6 Teras Kesejahteraan Luar Bandar

PUTRAJAYA – Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar yang dilancarkan hari ini berpaksikan untuk menjadikan kawasan luar bandar sebagai kawasan yang kondusif, inkslusif, lestari dan mampan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata pelaksanaan pelan berkenaan dirangka untuk tempoh lima tahun bermula 2018 dengan penumpuan kepada enam teras iaitu prasarana, ekonomi, keusahawaan, modal insan, wanita dan sistem penyampaian.

Katanya tema Luar Bandar Sejahtera dipilih bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan sebagai kawasan kondusif untuk tempat tinggal, menjana pendapatan dan membina kehidupan.

Beliau berkata keseluruhan terdapat 29 strategi dan 94 program yang akan dilaksanakan di bawah enam teras tersebut termasuk lapan program keutamaan dalam Pelan Harapan jangka pendek bagi memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal, rohani, dan sahsiah 7.87 juta masyarakat luar bandar.

“Program-program yang telah dirancang diharap dapat membangunkan luar bandar secara holistik dan bersepadu serta mendatangkan faedah kepada penduduk,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan itu sempena Perhimpunan Bulanan kementerian di sini hari ini.

Menyentuh teras pertama iaitu pembangunan prasarana, Rina berkata pelan itu bukan hanya memberi tumpuan kepada prasarana asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalan perhubungan tetapi juga memperluas liputan interet melalui Program Desa Digital.

Bagi teras ekonomi dan keusahawan pula, Rina berkata Direktori Rural Tourism dan Bank Data Usahawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dan sebagai salah satu kaedah promosi untuk aktviti ekonomi.

“Kita yakin dapat mewujudkan peluang pekerjaan kira-kira 20 hingga 25 peratus kepada masyarakat luar bandar sekaligus dapat menjana pendapat keluarga golongan berkenaan.


“Konsep payung dan anchor company akan diperkenalkan semula untuk bantu usahawan luar bandar yang baharu menceburkan diri dalam bidang perniagaan,” katanya.

Untuk modal insan, Rina berkata pihaknya akan memastikan masyarakat luar bandar berilmu, mahir dan cemerlang serta memperkasakan wanita luar bandar dan mengutamakan keperluan rakyat dalam sistem penyampaian.

Beliau turut menegaskan aspek utama yang akan diberikan perhatian dalam pelan tersebut adalah kepada pelaksanaan bagi mengelak pertindihan projek melibatkan kerajaan pusat dan negeri.

“Sekarang kita mahu mengelak perkara ini berulang, kita akan menjalankan kerjasama lebih erat dengan kerajaan negeri. Usaha ini juga dapat mempercepatkan pembangunan sesuatu projek,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Rina turut menyampaikan sumbangan Wira Merah Kementerian sebanyak RM26,433 kepada wakil Ketua Pegarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohd Rizal Buang sebagai penghargaan jasa dan pengorbanan pegawai Bomba yang terkorban semasa operasi mencari dan menyelamat di Lombong Putra Perdana, Puchong awal bulan ini (Okt). – BERNAMA

Kategori