Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ops Lalang Bukti Mahathir...

KEJAM... Bagi generasi muda, kisah tragik ini tentu tidak diketahui tetapi amat dibenci...

Obamacare: 2 Lagi Tokoh...

WASHINGTON – Rang undang-undang penjagaan kesihatan baharu yang dicadangkan Republikan bagi menggantikan Obamacare...

Bauksit: Bomba Tolong Bersihkan...

PUTRAJAYA - Khidmat bomba bagi membersihkan kawasan yang dicemari bauksit di Kuantan, Pahang...

Autisme: Ibu Bapa Perlu...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak-anak mereka bagi...

Pemain Industri Diminta Kemukakan Idea Tingkat Industri Pelancongan

TAIPING – Kerajaan negeri meminta pemain industri pelancongan di negeri ini untuk mengemukakan pelbagai idea melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (Petek) dalam usaha meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata melalui usaha itu akan membolehkan promosi pelancongan diperhebatkan bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Katanya pemain industri boleh mengemukakan rancangan dan cadangan bagi membolehkan Petek membuat keputusan secepat mungkin untuk dilaksanakan.

“Perak mempunyai pelbagai tempat menarik seperti Taman negeri Royal Belum, Gua Tempurung dan kawasan rekreasi untuk dikunjungi bagi menarik pengunjung bermalam di negeri ini.

“Kita tidak mahu pelancong datang dan pulang begitu sahaja kerana itu kita perlu pastikan mereka ingat apabila datang ke negeri ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Perak Tourism Mini Lab di Novotel Taiping di sini malam ini.


Ahmad Faizal berkata pendedahan terhadap tempat-tempat menarik itu perlu supaya ia menjadikan negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

Beliau berkata sektor pelancongan di Perak mempunyai potensi tinggi untuk maju dan kerana itu kita perlu memikirkan sektor pelancaongan di Perak begitu hebat.

“Kerajaan negeri komited untuk memajukan industri pelancongan termasuk memperkenalkan program City of Festival setiap bulan di bandaraya Ipoh,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori