Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Parlimen Permatang Pauh, Antara...

ALOR SETAR - Pengundi di Parlimen Permatang Pauh perlu menyedari kebajikan mereka telah...

Langkah Pemulihan FELDA Bawa...

KUALA LUMPUR - Langkah pemulihan FELDA dijangka membawa hasil positif pada 2023, kata...

Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah...

KUALA LUMPUR - Cadangan Pakatan Harapan untuk meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai...

Paket Tuala Logo MAS...

PENEMUAN satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai barat Australia sedang diuji...

Pemberian Ang Pow Divali Tidak Benar – MB NS

PORT DICKSON – Isu pemberian ‘Ang Pow Divali Pakatan Harapan’ (PH) kepada masyarakat India di Negeri Sembilan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Aminuddin yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM200 kepada masyarakat India di negeri ini.

“Pihak kami menafikan perkara ini, bagaimanapun kita ada inisiatif lain untuk menyalurkan sumbangan sempena perayaan Deepavali nanti.

“Kerajaan negeri akan mengadakan bazaar Deepavali bermula bulan hadapan di Little India, Seremban sehingga tibanya perayaan Deepavali.

“Hasil keuntungan jualan dari bazaar tersebut akan disumbangkan kepada 61 buah sekolah Tamil di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan 2018 di sini, hari ini.


Dalam majlis tersebut Aminuddin turut menyampaikan enam kategori Anugerah Insan Terbilang kepada pelajar, guru dan sekolah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aminuddin juga turut berkata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Port Dickson pada Jumaat ini untuk berjumpa dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson dan juga pegawai daerah.

“Beliau juga akan bersolat jumaat di masjid Jamek Kampung Paya sebagai tanda terima kasih kepada penduduk Port Dickson serta menyampaikan sumbangan peribadi iaitu mesin hemodialisis terhadap pihak hospital Port Dickson,” katanya. – BERNAMA

Kategori