Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kes Namewee Ke Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap pemuzik kontroversi Namewee berhubung klip video berunsur...

Polis Sarawak Serbu Premis...

KUCHING – Polis Sarawak minggu lepas telah menyerbu 21 premis perjudian tanpa lesen...

Tun M Bakal Pilih...

RASMI... Ini mungkin sudah dijangka banyak pihak, namun berita peletakan jawatan Datuk Abdul...

Produk Ditawarkan Kempen Penurunan...

ARAU - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis memastikan...

Pemburu Nazi Terima Anugerah Tertinggi Perancis

PARIS – Pemburu Nazi paling terkenal Perancis, Serge Klarsfeld dan isterinya yang berasal dari Jerman, Beate menerima anugerah tertinggi dalam majlis diketuai Presiden Emmanuel Macron semalam.

Serge Klarsfeld, 83, menerima anugerah Kesatria Kehormat Grand Cross, iaitu anugerah tertinggi kerajaan Perancis manakala isterinya, Beate Klarsfeld, 79 menerima Darjah Kebesaran Merit selepas dianugerahkan dengan Kesatria Kehormat Grand Officer pada tahun 2014.

Ketua Rabai Perancis, Haim Korsia adalah antara tetamu khas majlis diadakan di Istana Elysee itu yang hanya terhad kepada ahli keluarga dan kawan rapat.

Dilahirkan pada 17 September 1935 di ibu negara Romania, Bucharest, Serge Klarsfeld berjaya menyelamatkan diri dari tragedi pembunuhan beramai-ramai masyarakat Yahudi selepas keluarganya berpindah ke Perancis tetapi melihat sendiri bagaimana bapanya dibawa pergi untuk dibunuh di kem tahanan Nazi Auschwitz.

Beliau menerima status warganegara pada tahun 1950 dan 10 tahun selepas itu ketika menuntut di universiti berprestij Science-Po di Paris, Klarsfeld bertemu Beate Kuenzel, anak perempuan kepada bekas anggota tentera Jerman di stesen kereta api bawah tanah.

Kedua-dua mereka melangsungkan perkahwinan tiga tahun selepas itu dan memutuskan untuk membawa pelarian Nazi ke muka pengadilan, satu misi yang diteruskan selama hampir separuh abad.


Antara kes berprofil tinggi pasangan terbabit membabitkan penjenayah perang Nazi paling ganas, Klaus Barbie, bekas pegawai Gestapo dan turut dikenali sebagai ‘Penyembelih Lyon’ atas tindakannya menyeksa tahanan yang melarikan diri ke Amerika Selatan.

Pada tahun 1971, Klarsfeld mendedahkan bahawa Barbie menetap di Bolivia dan pada tahun 1983, dia dihantar pulang ke Perancis dan disabitkan dengan kesalahan jenayah perang empat tahun selepas itu, sebelum meninggal dunia ketika berada di dalam penjara.

Mereka turut membawa anggota rejim Vichy dari Perancis termasuk Rene Bouquet,Jean Leguay dan Marice Papon walaupun berdepan bantahan Presiden Francois Mitterrand ketika itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori