Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akhirnya Jejak Kaki Ke...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dari La Paz di wilayah Agusan del Sur...

Lelaki Warga Thailand Ditahan...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menghantar...

Lelaki Bunuh Pelajar Islam...

RALEIGH, Carolina Utara – Pemeriksaan ke atas rumah suspek pembunuhan tiga pelajar Islam...

PAN Mahu Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) akan mengambil peranan yang ditinggalkan PAS...

Pemeriksaan Lebih Ketat Di Laluan VIP Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR – Prosedur pemeriksaan yang lebih ketat termasuk pemeriksaan oleh Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen akan dilaksanakan di laluan orang kenamaan (VIP) di semua lapangan terbang bagi memastikan laluan berkenaan tidak disalahgunakan seperti yang berlaku sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata selain itu, mesin pengimbas X-Ray juga akan ditempatkan di laluan VIP di KLIA dan KLIA2 bagi membanteras kegiatan penyeludupan, terutama kes penyeludupan masuk wang ke negara ini.

“Memang kita ketahui ada kelemahan dan kebocoran di laluan VIP dan kita telah mengambil tindakan, tetapi kita perlu kerjasama daripada agensi-agensi lain, (sehubungan itu) kementerian bersama-sama Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) telah berbincang dengan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam untuk mengetatkan lagi peraturan sedia ada dengan menempatkan pegawai di laluan khas VIP.

“Sekarang ini memang tidak ada pegawai Kastam dan Imigresen di laluan itu kerana selama ini urusan Imigresen diuruskan oleh pegawai kepada orang kenamaan itu sendiri, manakala (pemeriksaan) kastam terletak di luar laluan VIP, (jadi) kita akan letak pegawai sebelum mereka keluar dari bilik itu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Pang Hok Liong (Labis-PH) mengenai langkah yang diambil kementerian dalam memastikan kes seperti penyeludupan masuk wang ke negara ini seperti yang dilaporkan baru-baru ini, tidak lagi berulang.

Ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai kes-kes penyalahgunaan laluan VIP yang telah diambil tindakan, Loke berkata tiada tindakan diambil sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan kerana tiada kes penyalahgunaan dilakukan setakat ini.

“Dulu saya tak pastilah berapa kali ada diambil tindakan…memang ada sedikit kelonggaran dari segi tindakan, tetapi kita akan mengetatkan lagi supaya tidak ada penyalahgunaan.


“Jadi saya minta pihak-pihak kenamaan termasuk anggota Parlimen memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di lapangan terbang, kalau ada pemeriksaan itu janganlah komplen kerana itu prosedur dan kita arahkan tidak beri pengecualian, sesiapa sahaja yang guna bilik menunggu khas itu juga akan dibuat pemeriksaan seperti yang terkandung dalam prosedur,” katanya.

Menurut Loke juga, mesin pengimbas X-Ray akan ditempatkan di lapangan terbang secara berperingkat mulai awal tahun depan dan penumpang tidak lagi perlu lagi melalui pemeriksaan fizikal.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut mengajukan soalan kepada menteri tersebut, iaitu sama ada penggunaan pemeriksaan haiwan seperti anjing akan turut dilaksanakan di lapangan terbang antarabangsa.

“Ini soalan khas daripada Timbalan Yang Dipertua, saya memerlukan jawapan bertulis untuk diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua,” katanya Loke. – BERNAMA

Kategori