Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit...

KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam insiden tembakan yang berlaku berhampiran sebuah masjid di...

Dipenjara 25 Tahun, 20...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran terpaksa meringkuk lebih lama dalam penjara selepas...

Masih Tunggu Keputusan Laporan...

KEMENTERIAN Luar sedang menunggu laporan koroner yang akan dikeluarkan pihak Australia berhubung insiden...

Ibu Nureen Trauma Melihat...

KUANTAN - Ibu kepada mangsa lemas di lombong bauksit di sini, Nor Habibah...

Pemilihan 14 Cabang PKR Di Kelantan Bermula Serentak Hari Ini

KOTA BHARU – Proses pemilihan PKR di Kelantan yang melibatkan 43,200 anggota parti disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini.

Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa berkata ia melibatkan 14 cabang tempat mengundi iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tumpat, Ketereh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Gua Musang.

“Pemilihan bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan proses pemilihan itu menggunakan sistem undian secara digital, e-voting,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sukirman berkata calon Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Zinda Khalil Sastro Hasaan tidak dicabar oleh mana-mana pihak manakala di 13 cabang lain, berlaku pertandingan sehingga ada yang membabitkan pertembungan lima penjuru bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR dan lain-lain jawatan dipertandingkan.

Beliau berkata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir, yang juga Ketua Cabang PKR Ketereh, dicabar Lukman Hakim Mustapha bagi jawatan ketua cabang itu.


Keputusan pengundian dijangka diketahui seawal 8.00 malam ini. – BERNAMA

Kategori