Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

UAE Bebaskan Akademik British...

AKADEMIK British, Matthew Hedges yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat...

Venezuela Buang 5 ‘Sifar’...

PARAH... Negara ini memang terkenal dengan harga runcit minyak petrol paling rendah di...

Lagi Cacing Ditemui Dalam...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemui cacing yang boleh...

Adik Dipercayai Bunuh Abang...

ALOR SETAR - Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di...

Pemilihan PKR: 11,965 PKR Terengganu Mengundi Hari Ini

KUALA TERENGGANU – Seramai 11,965 anggota PKR Terengganu hari ini berpeluang memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang negeri.

Ketua Koordinator Negeri Terengganu bagi pemilihan itu, Amri Awang menganggarkan 40 peratus daripada jumlah itu akan pergi mengundi hari ini, di lapan cabang mulai 10 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya Kemaman mencatatkan jumlah anggota paling ramai setakat ini iaitu 2,560 orang, diikuti Besut (2,312), Kuala Terengganu (1,926), Dungun (1,347), Setiu (1,218), Hulu Terengganu (1,195), Kuala Nerus (846) dan Marang (561).

“Calon bagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) di cabang Hulu Terengganu, Kamarul Anuar Ismail telah menang tanpa bertanding kerana pencabarnya didapati tidak layak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tinjauan di beberapa lokasi pagi ini mendapati proses pendaftaran berlangsung dengan baik dan anggota PKR mula beratur seawal 9.30 pagi bagi melakukan pengundian menerusi sistem undian secara digital e-voting. – BERNAMA

Kategori