Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

KKLW Komited Perkasa P’bangunan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tekad memperkasa aspek...

Himpunan Bantah Gaji Minimum

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 100 orang hadir di bangunan Parlimen hari ini bagi...

Idam Badan Bak Popeye,...

'TAK pernah puas!' Demikian yang dirasai oleh seorang lelaki bernama Valdir Segato terhadap tubuh...

Rita Rudaini Balas Teguran...

BAB peminat menegur artis secara terbuka khususnya dari segi penampilan memang sudah menjadi...

Pemilihan PKR Cabang Tanah Merah Tegang

TANAH MERAH – Proses pemilihan PKR cabang ini agak kecoh apabila para pengundi cuba merempuh masuk ke dalam Dewan Orang Ramai Kg. Bendang Nyior.

Kejadian berpunca akibat kawasan yang menjadi pusat pengundian itu terlalu kecil bagi menampung hampir 3,000 pengundi.

Tinjauan Utusan Malaysia ketika jam 12 tengah hari mendapati hanya sekitar 100 pengundi sahaja yang selesai mengundi sejak pukul 9 pagi.

Seorang ahli PKR, Fatimah Ali, 60, berkata, s warga emas sepertinya sepatutnya diberikan laluan khas supaya memudahkan urusan.

“Sikap sambil lewa petugas untuk membantu orang seperti saya amat mengecewakan, kami tidak mampu untuk berdiri lama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Sementara itu, Syafiq Suhardi, 23, berkata, sistem pengundi amat longgar dan tidak teratur sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.

“Tempat mendaftar dan pintu laluan ke dewan terlalu hampir, jadi bercampur dengan orang yang mahu mendaftar dan orang yang sedang beratur untuk mengundi.

“Pemberian pas kepada pengundi untuk masuk ke dalam dewan pun bercelaru, pada awalnya diberi apabila sudah berada di depan pintu dewan, tiba-tiba bertukar pula, itu yang membuatkan orang marah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori