Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Individu...

GEORGE TOWN - Tiga individu termasuk dua wanita disyaki anggota sindiket Macau Scam...

Belum Ada Tangkapan Kes...

PUTRAJAYA - Polis mengesahkan belum membuat sebarang tangkapan terhadap mana-mana berhubung aktiviti pembakaran...

Penonton Amuk Tun M...

PROGRAM Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen...

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah...

Pemilihan PKR: Keputusan Melaka Dan N.Sembilan Tertangguh

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal dipaparkan dalam laman berkenaan.

“Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang negeri Selangor dan Perlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan dan Melaka berlangsung semalam dengan Negeri Sembilan melibatkan lapan cabang dan jumlah anggota layak mengundi ialah 14,788.

Pemilihan di Melaka menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. – BERNAMA

Kategori