Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SIC Bertanding Buat Julung...

SEPANG - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya akan bertanding dalam kejohanan...

Ada JPJ, SPAD, Trafik...

KEMALANGAN membabitkan kenderaan berat semakin menjadi-jadi... tak perlu fikir panjang kerana itulah hakikatnya.Hari...

Bicara Haniff Khatri Tuntut...

KUALA LUMPUR : Tuntutan saman difailkan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla terhadap BERSATU...

Ibu Peserta JCM `Bash’...

KUALA LUMPUR - Ibu kepada kanak-kanak yang memenangi hadiah antara RM10 hingga RM20...

Pemilihan Semula PKR Kedah Hari Ini, Esok

ALOR SETAR – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah yang diadakan semula selepas proses pengundian pada 22 September lepas dibatalkan, berlangsung pada hari ini dan esok.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah Dr Azman Ismail berkata pemilihan parti itu hari ini hanya melibatkan 10 cabang iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Pendang, Sik dan Baling.

“Lima cabang lagi iaitu Jerai, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu dijadualkan (berlangsung pada) Sabtu (esok). Ini pemilihan kali kedua selepas ia ditangguhkan dan dibatalkan ekoran (antaranya) insiden kekecohan yang berlaku di cabang Merbok, Sungai Petani dan Jerai pada 22 Sept lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr Azman berkata hampir 60,000 anggota PKR di negeri ini layak mengundi bagi memilih barisan kepimpinan di peringkat pusat dan cabang pada pemilihan parti itu kali ini.

“Kita lebih bersedia kali ini dan berharap semua anggota parti dapat bertenang membuat undian supaya ia berjalan lancar seperti yang dijadualkan, dan proses pengundian berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, boleh ditambah masa sekiranya bermula lewat,” katanya.


Dr Azman berkata anggota keselamatan juga ditempatkan di kawasan panas seperti di pusat pengundian Cabang Merbok untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Dalam sidang media pada malam 22 Sept lepas, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop dipetik sebagai berkata proses pemilihan di Kedah dibatalkan dan akan diadakan semula pada satu tarikh ditetapkan kelak berikutan terdapat beberapa masalah dihadapi ketika proses pengundian itu. – BERNAMA

Kategori