Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dua Pemandu Bas Kilang...

BUKIT MERTAJAM - Dua pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan lapan...

Uji Berpijak Di Bumi...

MINGGU lalu, kesempitan hidup yang dilalui oleh penyanyi yang popular pada era 1970-an,...

Reman Ibu Amang Seksual...

Shah Alam : Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap...

Detik Hitam Buat Negara

Dari Facebook Najib RazakKP Kesihatan kata jumlah kematian 98 orang akibat Covid semalam...

Pemilik Gimnasium, Pembantu Cedera Ditembak

SHAH ALAM – Seorang pemilik gimnasium dan pembantunya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat, dalam satu kejadian di Jalan Bukit Kemuning, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an yang menaiki sebuah kereta terbabit melalui jalan tersebut.

“Mangsa (pemilik gimnasium) ketika itu memandu kenderaan berkenaan manakala pembantunya seorang lelaki warga Indonesia duduk di sebelah (pemandu).

“Ketika mereka melalui jalan ini, difahamkan datang sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang dan kemudian memotong kenderaan mangsa sebelum seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa tembakan ke arah kereta Audi tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata akibat tembakan itu, pemilik gimnasium mengalami kecederaan di bahagian pipi manakala pembantunya cedera di perut.

Siasatan ke atas kenderaan mangsa, menemukan tujuh kelonsong peluru dan kita percaya mangsa ditembak dari jarak dekat iaitu dari arah sisi pemandu menggunakan pistol jenis semi-auto.


“Buat masa ini polis belum dapat mengenal pasti motif sebenar kejadian, identiti suspek serta berapa ramai suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan ini,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori