Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Selangor Menang Piala Malaysia...

SHAH ALAM - Selangor melengkapkan 'Misi 33' dengan sentuhan Ahmad Hazwan Bakri untuk...

Malaysia Cadang Tingkat Kerjasama...

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sudah...

UMANY Mohon Maaf Kepada...

SHAH ALAM - Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memohon maaf kepada Yang...

Had Masa 2 Jam...

SHAH ALAM - Had masa maksimum dua jam pelanggan dibenarkan berada dalam semua...

Pemimpin UMNO Tunggu Giliran Untuk Didakwa?

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO berkemungkinan perlu menunggu nombor giliran untuk didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin dengan nada angkuh membayangkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Menurut beliau, setakat ini Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah didakwa.

“Media lapor tadi Presiden parti hilang kuasa dikatakan akan berhadapan 45 pertuduhan. Dikhabarkan beliau diwakili peguam bela Hisham Teh Poh Teik. Peguam itu kawan lama saya. Saya ucapkan ‘good luck’.

“Setakat ini yang sudah didakwa mantan Presiden parti hilang kuasa dan isteri, peguam bela dia dan orang kuat dia.. MP Baling (Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim).

“Ramai juga tanya saya selepas ini siapa YB? Maaf. Manalah saya tahu. Jika ramai, kena tunggu nombor giliran kot,” katanya menerusi laman Facebook ‘Peguam Pas – Dulu’.


Mohamed Hanipa yang juga pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pernah rebah di hadapan umum dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, Julai lalu.

Beliau juga pernah menimbulkan kontroversi di Dewan Rakyat tahun lalu apabila dengan biadab mengeluarkan kata-kata “kalau saya Tuhan”.

Mohamed Hanipa pernah menjalani pembedahan neurologi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada April 2016 selepas mengalami pendarahan otak. – MYNEWSHUB.TV

Kategori