Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RoS Sedang Teliti Perlembagaan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sedang meneliti perlembagaan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia...

Zahid: Beku Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Pembekuan pengambilan pekerja asing sejak pertengahan Februari lalu mengakibatkan perniagaan...

Kate Pulang Ke Istana...

TIDAK seperti ibu-ibu lain, Kate Middleton memutuskan untuk pulang awal dari hospital, hanya...

Tiada Seorang Lelaki Pun...

SEMPENA sambutan Hari Wanita Antarabangsa hari ini, sebuah syarikat percutian mewah telah mengumumkan mereka...

Peminat Merusuh Masuk Padang, Ronaldo Ajak Selfie

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Old Trafford tapi kali ini memperkuat Juventus pada aksi Liga Juara-Juara peringkat Kumpulan H menentang Manchester United.

Bekas pemain United itu tidak menjaringkan sebarang gol tetapi namanya dilaungkan penyokong kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan itu.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Ronaldo didekati peminat yang berjaya masuk ke dalam padang ketika dia dalam perjalanan meninggalkan Old Trafford.

Ronaldo tidak sedikit pun berasa terganggu sebaliknya mengajak peminatnya itu untuk berswafoto sebelum lelaki tersebut diiring keluar padang oleh anggota keselamatan.

Ronaldo menyerahkan telefon bimbit kepada peminatnya selepas selesai berswafoto.

Terdapat sorang lagi peminat yang cuba berlari ke arah pemain berusia 33 tahun itu.

Namun lelaki tersebut tidak bernasib baik apabila dia berjaya ditahan oleh pegawai perlawanan tetapi Ronaldo sempat bertegur sapa dengannya.


Ia adalah kali kedua Ronaldo kembali ke Theatre of Dreams.

Pada perlawanan itu Juventus menang ke atas United 1-0 menerusi jaringan Paulo Dybala. – foxsports.com/mStar Online

Kategori