Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Lemas Ketika Mandi...

KUANTAN - Seorang lelaki dilapor lemas ketika mandi bersama isteri dan kawan-kawannya di...

“Tendang Sebab Rasa Terancam”...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Balkisyh Semundur Khan mendakwa bertindak menendang bekas suami, Mohd...

Hampir 300,000 Rakyat Kelantan...

BACHOK - Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental...

Jabatan Pendidikan Pahang Tandatangani...

KUANTAN - Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail hari ini, mengetuai 120 kakitangan...

Pemuda UMNO Disaran Timbang Semula Gesaan

SHAH ALAM – Pemuda UMNO diharap mempertimbangkan semula gesaannya agar presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah melibatkannya selesai.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Sungai Besar yang juga ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata gesaan terhadap Ahmad Zahid untuk bercuti atau berehat adalah satu keputusan yang terburu-buru.

“Kami kepimpinan Pemuda UMNO Sungai Besar mengambil ketetapan untuk terus menyokong Ahmad Zahid kekal menggalas tugas sebagai presiden parti dan terus menjadi Ketua Pembangkang di dalam Parlimen selagi mana beliau belum didapati bersalah oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi dalam sidang akhbar hari ini menggesa Ahmad Zahid agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kesnya di mahkamah selesai.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta. – BERNAMA

Kategori