Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kopi Singa Indonesia Taja...

KELAB sensasi terkenal Barcelona mengumumkan bahawa salah satu penajanya pada musim depan ialah...

Lawak Kumpulan Jalur MLM...

PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat...

Biro Kebajikan UMNO Agih...

KOTA BAHARU - Biro Kebajikan Umno Malaysia hari ini mengagihkan bantuan peralatan yang...

Harga Ubat Mungkin Naik...

KUALA LUMPUR : Harga ubat-ubatan di pasaran berkemungkinan akan meningkat ekoran kenaikan kos...

Pemuda UMNO Gesa Ahmad Zahid Bercuti

KUALA LUMPUR — Pemuda UMNO hari ini menggesa presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah selesai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata gesaan itu agar Ahmad Zahid diberikan peluang untuk memfokuskan usaha membersihkan nama di mahkamah.

“Bagi Pemuda, rehat daripada menjalankan tugas sebagai presiden bukanlah bermakna Ahmad Zahid di anggap sudah bersalah.

“Pemuda tetap berpendirian, selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam dan perundangan,” katanya dalam sidang media selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan selama tiga jam di sini hari ini.

Ditanya individu yang sesuai untuk memangku jawatan presiden jika cadangan agar Ahmad Zahid berehat diterima, Asyraf berkata perkara itu akan diputuskan Mesyuarat Tertinggi UMNO kelak.

Asyraf juga menafikan laporan sebuah portal kononnya Pemuda UMNO bermesyuarat hari ini untuk mendesak presiden dan bekas presiden meninggalkan parti berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapi.


“Mesyuarat bulanan untuk membincangkan pelbagai isu semasa dan parti, bukannya mesyuarat khas seperti (isu) yang tengah hangat sekarang,” katanya.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta. – BERNAMA

Kategori