Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MRT: Kontraktor Tidak Ikut...

KUALA LUMPUR - Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT)...

Pegawai Imigresen Kasari Warga...

KUALA LUMPUR - Pegawai Imigresen yang bertindak kasar ke atas seorang warga asing...

Jonathan Laidlaw Fail Rayuan...

KUALA LUMPUR – Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK) Jonathan James Laidlaw...

Hanya Seni Tulisan Khat...

PUTRAJAYA - Perbincangan antara 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Timbalan Menteri Pendidikan,...

Pemuda UMNO Hantar Misi Bantuan Mangsa Gempa Palu

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menggerakkan satu pasukan sukarelawan khas Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan ke Kota Palu, Indonesia yang akan bertolak pagi esok sehingga 16 Oktober ini, kata ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pasukan itu pertama kali ditubuhkan di bawah inisiatif pergerakan bagi membantu pasukan penyelamat badan bukan kerajaan (NGO) terbesar di Indonesia iaitu ATC (Aksi, Cepat, Tanggap).

“Pasukan yang terdiri dari 11 sukarelawan ini diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Akmal Saleh serta ditubuhkan bagi membantu ACT mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi.

“Pasukan ini akan membawa ubat-ubatan, memberi rawatan terhadap mangsa tercedera, melaksana ‘Search and Rescue’ dalam mencari mayat yang masih tertimbus serta membantu pengurusan jenazah yang belum sempurna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasukan itu terdiri dari enam doktor perubatan, ahli farmasi (seorang), ahli fisioterapi (seorang) dan tiga sukarelawan penyelamat.


Pasukan itu membawa ubat dan peralatan menyelamat bernilai hampir RM35,000 yang merupakan hasil inisiatif sekretariat dan sumbangan orang ramai.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dan bekalan ubat-ubatan kepada pasukan misi itu boleh menyalurkannya terus ke akaun BANK CIMB-PEMUDA UMNO MALAYSIA : 8000632311. – BERNAMA

Kategori