Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

CUEPACS Cadang Rangka Sistem...

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bercadang mengemukakan sistem...

Pastikan Sistem Cukai Baharu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan perlu memastikan bahawa struktur cukai baharu yang...

“Anwar Pujuk Lompat Parti...

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Batu...

Tak Boleh Bawa Mekap,...

HONG KONG - Wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping...

3 Kampung Di Changkat Jong Bah Saban Tahun

TELUK INTAN – Penat belum habis, banjir lagi. Itulah yang boleh diungkapkan nasib penduduk tiga kampung di Changkat Jong, dekat sini apabila kediaman mereka dinaiki air selepas kejadian sama berlaku kurang dua minggu lepas.

Kejadian banjir di Hilir Perak yang dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong awal pagi semalam merupakan gelombang kedua dan agak teruk berbanding kejadian banjir sebelumnya akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat sejak Selasa.

Tinjauan Bernama ke pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong mendapati sehingga pukul 3 petang tadi, terdapat pertambahan enam mangsa banjir membabitkan empat keluarga baru dipindahkan, menjadikan keseluruhan 233 mangsa daripada 62 keluarga ditempatkan di PPS itu.

Ia membabitkan mangsa banjir dari Kampung Batu 7, Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9.

Seorang penduduk Norzaina Abidin, 42, dari Kampung Batu 7, berkata penduduk di sini sudah lali dengan banjir kerana masalah itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan mengakibatkan banyak kerosakan serta kerugian harta benda yang terpaksa mereka tanggung.

“Memang dah jangka banjir akan datang lagi selepas tengok air sungai masih tinggi dan ditambah pula hujan tidak berhenti.

Mak cik dan lain-lain dah letih berdepan kejadian ini saban tahun, bila dah tak larat nak alihkan perabot dan barang-barang yang besar, mak cik biar dan tawakal sajalah. Itu belum lagi ditambah dengan keletihan proses membersihkan rumah selepas banjir,” katanya yang merupakan ibu tunggal tiga anak itu.

Bagi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Changkat Jong, Ahmad Nor Selamat berkata banjir gelombang kedua itu disebabkan oleh limpahan air Sungai Bidor yang di luar jangka hinggakan melepasi tebatan banjir yang dibina di tebing sungai itu, berhampiran kampung berkenaan.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Azroisan Wahab ketika ditemui dalam operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hilir Perak berkata angka mangsa banjir Hilir Perak dijangka lebih ramai jika taburan hujan di kawasan itu semakin meningkat.

“Perkembangan banjir di kawasan ini semakin meningkat, harap penduduk di sekitar Hilir Perak, terutama di Changkat Jong mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak kami dan APM agar berpindah segera ke PPS jika diminta berbuat demikian,” katanya yang melihat masih ramai penduduk membiarkan anak-anak bermain air banjir dan enggan meninggalkan kediaman.

Selain daerah Hilir Perak yang terjejas dengan banjir ini, dua lagi daerah turut dilanda banjir masing-masing di Daerah Kampar dan Daerah Larut Matang Selama.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak, sehingga 3 petang tadi, di Daerah Larut Matang Selama, 46 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka iaitu di SK Temerlok, Trong, dan Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor

Sementara di daerah Kampar pula, 46 penduduk daripada 14 keluarga kekal berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi. – BERNAMA

Kategori