Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mia Ahmad Mengaku Bercinta...

WALAUPUN tidak memberikan sebarang pengakuan secara langsung, namun dari kenyataan pelakon Mia Ahmad...

Judi: Pemilik Pusat Dandan...

ROMPIN - Pemilik pusat dandan rambut antara 13 orang yang ditahan polis kerana...

Kes Demam Denggi Di...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh...

BlackBerry Tawar Wang Tunai...

BlackBerry mula mengatur langkah bagi menarik perhatian peminat gajet termasuk pelanggan Apple.Menerusi pelan terbarunya,...

Penerimaan PDRM Terhadap IPCMC Positif

KUALA LUMPUR – Penerimaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah positif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Katanya dalam merangka penubuhan IPCMC, kerajaan mengambil kira semua pandangan yang terbabit terutama daripada PDRM sendiri.

Beliau berkata penubuhan IPCMC bukan sahaja dapat membantu menangani isu-isu integriti PDRM, malah akan turut memastikan kebajikan anggota keselamatan itu lebih terbela dan mendapat layanan yang lebih baik.

“Pada masa sama, ia dapat membersihkan imej mereka memandangkan IPCMC dilihat sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

“Oleh itu, kerajaan sedang menyediakan draf undang-undang dengan mengambil kira pandangan terkini semua pemegang taruh,” katanya dalam jawapan bertulis soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu status penubuhan IPCMC menggantikan EAIC dan penerimaan PDRM terhadap IPCMC pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Sept lepas bersetuju dengan cadangan penubuhan IPCMC bagi menggantikan EAIC. — BERNAMA

Kategori