Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Lagi Masalah Air,...

KOTA KINABALU - Tiada lagi masalah bekalan air bersih dan elektrik di Sabah...

Zika Mungkin Pandemik Di...

HANOI - Virus Zika mungkin menular di Vietnam tahun ini memandangkan negara itu...

Empat Anggota Tentera Nyaris...

JOHOR BAHRU - Empat anggota tentera nyaris nmaut apabila kenderaan jip yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh...

Video: Cubaan Merompak Di...

KEBIASAANNYA, kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam dijadikan pilihan penjenayah untuk merompak.Namun kali ini restoran...

Media Diminta Guna Kebebasan Sebaiknya

SHAH ALAM – Pengamal media perlu menggunakan sebaiknya kebebasan media yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang untuk menghasilkan laporan berita yang mampu meningkatkan tahap pemikiran yang kritis.

Penasihat khas media dan komunikasi Perdana Menteri Datuk A.Kadir Jasin berkata pengamal media perlu lebih ikhlas menghasilkan berita yang menguntungkan masyarakat meskipun ia tidak menarik mahupun sensasi.

“Media kini dilihat lebih terpengaruh dengan sensasi sehingga ia menjadi makanan dan hidangan dalam era media baharu.. kita tidak boleh terikut-ikut dengan teknologi…

“Kita kena utamakan laporan yang menguntungkan masyarakat walaupun ia tidak menarik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup ‘The International Communication Association (ICA) Regional Conference 2018’ di sini hari ini.

Mengambil contoh isu pemakaian warna kasut dan stoking pelajar sekolah yang ditimbulkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, beliau berkata media terlalu mensensasikan isu itu, sebaliknya ada perkara asas yang lebih penting di kementerian pendidikan yang boleh dilaporkan.

Kadir berkata media perlu menjadi pembantu dan pembetul arah kepada barisan menteri Kabinet PH dalam era pentadbiran pada masa sekarang.


Katanya ini kerana sesetengah pengamal media mempunyai pengalaman yang lebih lama berbanding menteri PH yang kebanyakannya masih baharu.

“Wartawan boleh menjadi ‘guru’ dengan berkongsi pengalaman yang ada pada mereka,” katanya.

Beliau juga tidak mahu wartawan terikut-ikut dengan sesetengah menteri yang tidak pandai berhujah, sebaliknya lebih banyak melaporkan berita yang meningkatkan taraf perbahasan. – BERNAMA

Kategori