Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

NGO: Fahami Penderaan Seksual...

KUALA LUMPUR - Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting...

UMNO Perlu Ambil Kira...

SABAK BERNAM - UMNO perlu mengambil kira kepentingan golongan bukan Melayu kerana parti...

5 Remaja Mengaku Salah...

KANGAR - Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang...

Tun Daim Tidak Punya...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menjelaskan beliau...

Pengarah Jabatan Universiti Awam Pulau Pinang Ditahan SPRM

GEORGE TOWN – Seorang pengarah jabatan dari sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa membabitkan nilai RM159,000.

Beliau yang juga seorang Profesor berusia 53 tahun itu diberkas selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 11.35 pagi.

Menurut sumber, penahanan ke atas beliau dilakukan selepas disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dengan meluluskan peruntukan bagi sebuah syarikat milik adiknya untuk pembelian pelbagai barangan bagi jabatan tersebut antara September 2011 sehingga Mei 2012.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu suspek akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada pukul 9 pagi esok. – K! ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori