Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerugian RM98.98 Juta Akibat...

KUALA LUMPUR - Kes penipuan Love scam melalui media sosial yang sebahagian besar...

Sembilan Kes Baru Difteria...

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kes difteria dilaporkan berlaku dari 18 hingga 21...

Anuar Zain Tolak Tawaran...

PETALING JAYA (Selangor)  - Penyanyi Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri...

PRK: Anak Mastura Giat...

BERBAKI dua hari lagi tempoh untuk berkempen, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi...

Pengarah Syarikat Didakwa Pecah Amanah RM5.3 Juta

PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang milik syarikatnya berjumlah RM5.3 juta, empat tahun lalu.

Yee Wee Kiong, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Hong Leong Bank cawangan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini antara 31 Mac 2014 dan 29 Mac 2016

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh sebagai pengarah syarikat MEACS Construction Sdn. Bhd. yang telah diamanahkan dengan harta iaitu 57 keping cek bernilai RM5.3 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili peguam Vivek Sukumaran. – UTUSAN ONLINE

Kategori