Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Gajah Jantan Liar Di...

BESUT - Dua ekor gajah denak - Rambai dan Abot terpaksa dijadikan umpan...

MCA Sedia Tebus Kegagalan...

KUALA LUMPUR – MCA bersedia untuk menebus kegagalan yang dialami parti itu dalam...

GAMBAR: Wanita Obses Berhabis...

DISEBABKAN obses dengan jenama minuman ringan Coca Cola, seorang wanita dari Ireland sanggup...

Melaka Benar Jemaah Rapatkan...

MELAKA: Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar...

Pengundi PD Damba Peluang Kerja, Peningkatan Pelancongan

PORT DICKSON – Isu-isu berhubung peluang pekerjaan, pembangunan seimbang dan akses pendidikan mesti diutamakan oleh sesiapa juga yang dipilih menjadi anggota Parlimen Port Dickson pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu Sabtu ini.

Perkara itu disuarakan oleh masyarakat Cina yang ketika ditemui rata-rata tidak mahu wakil rakyat mereka memberi tumpuan kepada pelancongan semata-mata tanpa melihat pembangunan Port Dickson secara menyeluruh termasuk menjaga kebajikan warganya yang turut merangkumi anggota tentera.

Wong Pieng Hon, 45, yang menetap di Bukit Pelanduk lebih 20 tahun, berkata aspek pembangunan di kawasan luar bandar seperti Bukit Pelanduk perlu diberi perhatian serius memandangkan pembangunan di kawasan terbabit agak perlahan berbanding lokasi lain di daerah itu seperti Telok Kemang dan Lukut.

“Banyak infrastruktur di kawasan kampung perlu ditingkatkan misalnya di Bukit Pelanduk banyak parit-parit yang rosak dan jalan tidak dibaik pulih dan ini perlukan perubahan,” katanya kepada Bernama di sini.

Bekas pekerja swasta, Steven Yap Kai Choon, 58, pula mengharapkan sektor pelancongan Port Dickson akan terus dipacu dan diberi perhatian serius sekali gus dapat menarik lebih ramai pelabur serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat khususnya belia.

“Kegiatan industri pelancongan perlu diperbanyakkan lagi supaya remaja atau belia tempatan mendapat peluang bekerja di kampung halaman sendiri,” katanya.

Port Dickson mempunyai 55 hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan masing-masing empat hotel menerima taraf lima dan empat bintang serta 12 bertaraf tiga bintang.

Daerah ini merekodkan kehadiran 6.8 juta pelancong luar dan tempatan pada tahun lepas.

Sementara itu, suri rumah Tan Swee Keng, 40 pula mahu sektor pendidikan dipertingkat bagi membantu anak-anak Port Dickson mencatat keputusan akademik yang cemerlang, sekali gus membuka peluang untuk mereka menjadi tenaga pakar yang mampu menyumbang kembali kepada pembangunan negara dan daerah.


“Saya amat berharap wakil rakyat akan dapat membantu menambah baik institusi pendidikan seperti bantuan kelas tambahan percuma bagi pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan… tiada apa yang lebih penting selain pendidikan,” katanya.

Pada Khamis lepas, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan program tuisyen percuma dalam talian sebagai antara inisiatif yang ditawarkannya dalam kempen PRK itu untuk membantu pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah-sekolah di daerah ini.

Parlimen Port Dickson mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung (dahulu Port Dickson).

DUN Chuah dan Lukut adalah kawasan majoriti Cina dengan masing-masing mempunyai 12,083 dan 17,298 pengundi berdaftar.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandangnya daripada PH, Datuk Danyal Balagopal Abdullah melepaskan jawatan pada 12 September lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

Pada hari pengundian Sabtu ini, pengundi di Port Dickson mempunyai tujuh pilihan iaitu Anwar, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga lagi ialah personaliti media sosial Stevie Chan Ken Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen serta bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan. – BERNAMA

Kategori